Persoalannya: KE MANA WANG ANDA?

Merancang kewangan peribadi mahupun keluarga perlu dilakukan dengan teliti serta seawal yang mungkin. Tingkatkan ilmu kewangan, jadi bijak wang dan mulakannya sekarang!

Pahatkan di minda: "sediakan payung sebelum hujan".

Put in mind: "it wasn't raining when Noah built the ark".

Program Taawon: pengalaman saya

Ditulis oleh: HEALMIE ZAHARI Thursday, April 8, 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat anda semua. Apa khabar anda hari ini? Semoga sihat dan ceria-ceria selalu, insyaAllah...


Hari ini saya ingin berkongsi satu kisah drama penuh emosi bersama anda. Kisah saya 'menerjah' satu taklimat perniagaan yang secara kebetulan diadakan pada hari Jumaat yang lalu di sebuah dewan berhampiran kediaman saya. Nama dan tema program ini adalah "Taawon: bantu membantu sesama muslim".

Saya tahu mengenainya melalui sehelai kertas yang saya temui pada wiper kereta selepas solat Jumaat, 1 jam sebelum majlis bermula. Setibanya saya di situ kelihatan ada hampir 25 tetamu (tidak termasuk kanak-kanak) berada di dalam dewan. Setiap orang perlu mengisi nama pada borang yang disediakan dan melalui borang itu saya mendapati separuh hadirin adalah mereka yang telah menyertai program ini.

Saya meluangkan 1 jam masa berharga saya untuk mendengar penerangan tetamu jemputan yang seperti diberitahu pengerusi majlis telah memperolehi keuntungan puluhan ribu ringgit dalam masa setahun menjadi ahli. Seperti biasa, penerangan dan paparan komputernya dipenuhi dengan gambar duit, kereta, rumah dan angka ribu-ribu.

Terlihat pada wajah hadirin yang hadir suatu harapan seolah-olah semuanya sudah hampir dalam genggaman. Sekali-sekala mereka merenung wajah insan tersayang dan anak-anak yang dibawa bersama. Saya hanya mampu berharap apa yang saya bakal lakukan akan membuka mata mereka atau setidaknya membantutkan hasrat mereka lalu berfikir sebelum menyertai.

Dan, saya melakukannya. Selepas sesi penerangan tersebut saya terus mengajukan soalan-soalan yang saya rasakan perlu dan soalan yang paling penting adalah mengenai sistem program ini; adakah sistem ini sah di sisi Islam & siapakah Penasihat Syariah yang telah mengkaji dan memperakuinya? Maka seluruh mata memandang saya dan seperti yang saya jangka beberapa orang ahli senior mula mengatur langkah mengerumuni saya lalu bermula sesi soal-jawab 'panas' di dalam dewan berkenaan.

Paling tidak dapat saya lupakan adalah perdebatan dengan seorang wanita yang saya bahasakan dirinya 'akak'. Beliau ini dikhabarkan telah memperolehi pulangan melebihi RM100,00. Beliau mempersoalkan siapa untuk bertanyakan soalan-soalan seperti itu dan saya menjawab saya hanya orang biasa yang ingin tahu, Lalu ditempelaknya saya sambil berkata ramai orang dah sertai dan semuanya berpendidikan tinggi jadi tak perlulah dipersoalkan lagi. Apabila saya mengatakan sistem ala piramid ini tidak menepati syariat Islam beliau mempersoalkan pula tahap pendidikan saya. Saya menjawab "ijazah sarjana muda. Akak pulak kelulusan apa?" dan beliau menjawab "Akak ni pengetua tau, jangan cuba nak ajar-ajar akak!"

Memang saya akui saya terkejut amat. Seorang pengetua! Tapi saya masih tidak berpuas hati lalu saya tanyakan di sekolah mana beliau mengajar dan jawapannya........"Akak pengetua tadika, akak ada pusat jagaan kanak-kanak." Saya geleng kepala, nyaris-nyaris saya terpedaya.

Penat melayan kerenah mereka dan bimbangkan keselamatan diri, saya meminta diri untuk beredar dan sebelum itu saya beritahu kepada mereka "Dapatkan pengesahan Penasihat Syariah yang bertauliah dan saya sendiri akan menyertai program ini!"

Berikut merupakan sebahagian kandungan sesi perbentangan program Taawon ini, renung-renungkan dan selamat menjadi 'kaya' ;-p


2 Komen

  1. Ayyo...nie terang2 skim pyramid..... siap ade gambar pyramid lagi...haha...

     
  2. Anonymous Says:
  3. Program enam jahanam ni dah lama lingkup laknatullah.penganjur tak de telok, kena hentam dengan pihak berkuasa tak tau nak back up.cakap gong kang, gong kang.bila dah terkangkang telok pun hilang.jadilah islam yang sejati, bukan jadi penipu orang hingga mati.mana duit kami yang dijanjikan nak dipulangkan.kami akan haramkan duit itu hingga ke akhirat.cepat2lah cari kami untuk memulangkan duit itu.kalau tak, jadi kafirlah aje, boleh terus menipu dengan umpanan tunjuk berkati2 postal order haram yang dimakan oleh anak2 haram yang terlibat.bertaubatlah sebelum tak sempat.

     

Post a Comment

PERIBADI PENULIS

My Photo
Saya membantu anda mencapai impian kehidupan melalui perancangan kewangan Islam yang strategik dan sistematik. Hubungilah saya: HEALMIE ZAHARI di 013-9716654 / 012-2395106 / pandaisimpan@yahoo.com

AHLI KOMUNITI "PANDAI SIMPAN"

CHATTING DI "PANDAI SIMPAN"