Persoalannya: KE MANA WANG ANDA?

Merancang kewangan peribadi mahupun keluarga perlu dilakukan dengan teliti serta seawal yang mungkin. Tingkatkan ilmu kewangan, jadi bijak wang dan mulakannya sekarang!

Pahatkan di minda: "sediakan payung sebelum hujan".

Put in mind: "it wasn't raining when Noah built the ark".

Takdir yang mengujakan!

Ditulis oleh: HEALMIE ZAHARI Monday, March 29, 2010

(sila klik pada gambar)

Pada satu malam di bulan Februari yang penulis lupa tarikhnya, ayah penulis membawa pulang sebuah kotak berwarna merah. Senyuman yang terukir di bibirnya membuatkan penulis tertanya-tanya apakah kandungan kotak berkenaan.

Tidak lama selepas itu, ketika penulis sedang melayari internet di ruang tamu, ayah penulis datang dan menunjukkan isi kandungan kotak tersebut. Terdapat di dalamnya sebuah beg kulit hitam persis beg netbook yang sering kelihatan diusungnya ke hulu ke hilir. Penulis masih keliru.

Apabila ayah membuka beg kulit itu terlihatlah kandungannya iaitu sebuah Al-Quran yang berwarna merah dan terdapat sebatang pen serta kompas kiblat di sisinya. Penulis pada mulanya hilang minat dan mengalihkan pandangan kepada skrin laptop penulis.

Kemudian ayah menunjukkan demonstrasi penggunaan Al-Quran itu yang tanpa diduga mengejutkan penulis dengan kebolehan produk berteknologi tinggi ini. Dengan hanya menunjukkan Pen Digital pada ayat yang diingini ianya akan mengalunkan bacaan oleh Imam Syeikh Saad Said Al-Ghamidi!

Penulis berfikir betapa produk ini memudahkan pembelajaran Al-Quran dan pada masa yang sama membantu individu memperbetulkan bacaan dengan contoh bacaan yang disertakan. Bukan itu sahaja, terjemahan yang disediakan juga jelas dan memudahkan pemahaman.

video

Penulis juga dimaklumkan produk ini pernah disiarkan di TV3, TV9 dan Astro Oasis. Lalu setelah melakukan perbincangan dengan ayah, penulis kini memasarkan set e-Qalam Al-Quran Digital ini. Semoga dengan usaha ini akan membantu membudayakan amalan mengaji Al-Quran di dalam diri penulis dan masyarakat...amin!

Website e-Qalam : http://www.e-qalam.blogspot.com/
Hubungi penulis : 013 - 971 6654 / 012 - 239 5106

0 Komen

Post a Comment

PERIBADI PENULIS

My Photo
Saya membantu anda mencapai impian kehidupan melalui perancangan kewangan Islam yang strategik dan sistematik. Hubungilah saya: HEALMIE ZAHARI di 013-9716654 / 012-2395106 / pandaisimpan@yahoo.com

AHLI KOMUNITI "PANDAI SIMPAN"

CHATTING DI "PANDAI SIMPAN"