Persoalannya: KE MANA WANG ANDA?

Merancang kewangan peribadi mahupun keluarga perlu dilakukan dengan teliti serta seawal yang mungkin. Tingkatkan ilmu kewangan, jadi bijak wang dan mulakannya sekarang!

Pahatkan di minda: "sediakan payung sebelum hujan".

Put in mind: "it wasn't raining when Noah built the ark".

Solat Sunat Dhuha: pembuka pintu rezeki

Ditulis oleh: HEALMIE ZAHARI Monday, March 29, 2010


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pengunjung-pengunjung PandaiSimpan. Semoga pada hari ini kita lebih baik dari semalam, insyaAllah. Kali ini penulis ingin berkongsi cerita tentang kelebihan Solat Sunat Dhuha dan kaitannya dengan rezeki kurniaan Allah SWT.

Solat Sunat Dhuha merupakan solat sunat yang didirikan antara waktu selepas terbit matahari sehinggalah melebihi segalah tinggi. Anggaran waktu yang dibolehkan adalah antara jam 8 pagi sehingga 11 pagi. Solat sunat ini boleh dilakukan sebanyak 2 rakaat dengan 1 salam, dan juga boleh ditambah bilangan rakaatnya asalkan dengan bilangan genap.

Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah bermaksud :”Adalah Nabi SAW bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehedakinya.” (Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)

Solat Sunat Dhuha juga dikurniakan dengan kelebihan membuka pintu rezeki bagi mereka yang mengamalkannya.

Rasullullah SAW bersabda yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”

Boleh jadi rezeki akan datang pada kita, atau, kita yang dipertemukan dengan rezeki, atau, wujud ilham untuk mendapatkan rezeki, atau, dipermudahkan berkongsi rezeki, wallahua'lam. Namun biarlah niat kita untuk mendapatkan keredhaan di sisi Allah kerana itu lebih utama.

Cara menunaikan Solat Sunat Dhuha: http://permai1.tripod.com/dhuha.html

Penulis turut sama sedang berusaha melazimi Solat Sunat Dhuha ini dan semoga kita semua mampu mengamalkannya juga, insyaAllah.

1 Responses to Solat Sunat Dhuha: pembuka pintu rezeki

  1. Anonymous Says:
  2. insyaAllah.. sama sama kita amalkan..

     

Post a Comment

PERIBADI PENULIS

My Photo
Saya membantu anda mencapai impian kehidupan melalui perancangan kewangan Islam yang strategik dan sistematik. Hubungilah saya: HEALMIE ZAHARI di 013-9716654 / 012-2395106 / pandaisimpan@yahoo.com

AHLI KOMUNITI "PANDAI SIMPAN"

CHATTING DI "PANDAI SIMPAN"