Persoalannya: KE MANA WANG ANDA?

Merancang kewangan peribadi mahupun keluarga perlu dilakukan dengan teliti serta seawal yang mungkin. Tingkatkan ilmu kewangan, jadi bijak wang dan mulakannya sekarang!

Pahatkan di minda: "sediakan payung sebelum hujan".

Put in mind: "it wasn't raining when Noah built the ark".

Group: HijrahRM

Ditulis oleh: Healmie Zahari Sunday, October 25, 2009 2 Komen


En. Bahrin



Kak Norma


Adam (baju merah)

Penulis telah menyertai Public Mutual Berhad dan menjadi Perunding Unit Amanah (PUA) Dana Islamik pada tahun 2009. Individu yang bertanggungjawab membawa penulis masuk ke dalam bidang ini adalah En.Bahrin yang merupakan ketua dan pengasas HijrahRM. Kak Norma adalah isteri En.Bahrin manakala Adam adalah salah seorang PUA yang terlebih awal menyertai HijrahRM. Penulis banyak menerima tunjuk ajar daripada mereka semua dalam bidang ini.

Sekian sahaja catatan penulis untuk kali ini, penulis akan menceritakan lagi mengenai HijrahRM di masa hadapan, insyaAllah. Doakan kejayaan kami, wassalam.

Inilah saatnya...

Ditulis oleh: Healmie Zahari 8 Komen


Financial Planning Association of Malaysia (FPAM)

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

langkah seribu punca selangkah. Alhamdulillah, akhirnya penulis telah membuat keputusan yang amat penting dalam hidup penulis iaitu untuk menyertai bidang pelaburan unit amanah bersama Public Mutual Berhad. Suatu bidang yang amat asing bagi penulis yang asalnya adalah seorang graduan berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Bahasa Inggeris).


Namun, atas dasar ingin memartabatkan dasar dan amalan kewangan berteraskan Islam, penulis akan buktikan tiada yang mustahil di dunia ini. Tidak lupa juga hasrat penulis untuk menjadi seorang hartawan yang berpengalaman; yang mampu menyalurkan ilmu pengetahuan di samping membantu mereka yang memerlukan.

PandaiSimpan adalah wadah penulis berkongsi segala pengalaman dan pengetahuan dalam bidang kewangan dan pelaburan. Penulis mohon didoakan kejayaan dalam menceburi bidang ini.

Segala cadangan atau teguran sila luahkan di PandaiSimpan. Bagi yang mengikuti PandaiSimpan, penulis akan menambahkan blog anda ke dalam ruangan senarai blog, insyaAllah.


Segala kelebihan adalah dari DIA, segala kekurangan adalah dari penulis sendiri. Terima Kasih =)

PERIBADI PENULIS

My Photo
Saya membantu anda mencapai impian kehidupan melalui perancangan kewangan Islam yang strategik dan sistematik. Hubungilah saya: HEALMIE ZAHARI di 013-9716654 / 012-2395106 / pandaisimpan@yahoo.com

AHLI KOMUNITI "PANDAI SIMPAN"

CHATTING DI "PANDAI SIMPAN"